KUALA
TERENGGANU: Seorang lelaki dikatakan menggunakan alasan hendak
memperkenalkan seorang gadis dengan anak lelakinya sebelum dia mengambil
kesempatan merogol remaja berusia 14 tahun itu dalam kejadian
berhampiran Pantai Penarik, Setiu, kelmarin.
Akibat perbuatannya itu, lelaki
berusia 49 tahun dan bekerja sebagai nelayan terbabit direman selama
tujuh hari selepas perintah reman dikeluarkan Pendaftar Kanan Mahkamah
Sesyen/Majistret Kuala Terengganu, Rusila Nik, di sini semalam.
Suspek yang juga bapa kepada lapan anak disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
Difahamkan sebelum kejadian,
suspek yang juga kenalan bapa mangsa mengambil gadis itu di rumahnya
kira-kira jam 4 petang dengan alasan hendak memperkenalkan mangsa dengan
anak lelakinya.
Selepas
perjumpaan itu, mangsa dikatakan meminta suspek menghantar ke Pantai
Penarik, Setiu kerana dia hendak bertemu dengan rakannya sebelum suspek
mengambil kesempatan merogolnya ketika dalam perjalanan ke pantai
berkenaan.
Bagaimanapun, selepas melakukan
perbuatan terkutuk di dalam semak, suspek kemudia menghantar mangsa
pulang ke rumahnya kira-kira jam 7 malam.
Mangsa yang ketakutan
menceritakan kejadian itu kepada keluarganya yang kemudia membuat
laporan di Balai Polis Setiu pada jam 1 pagi semalam.
Susulan laporan itu, suspek ditahan di rumahnya di Kampung Telaga Papan, Setiu, jam 3 pagi semalam.
No comments:
Post a Comment